15 January 2010

Penyerahan Sumbangan kepada Encik Solihin

Taman Sandaran Permai – Susulan daripada makluman yang lepas berkenaan dengan kebakaran dapur rumah En. Solihin di jalan 53. Satu pertemuan dengan En. Solihin telah diadakan pada petang 30.12.2010 bertujuan untuk menyerahkan sumbangan tersebut. Beliau yang baru pulang dari tempat kerja telah menerima sumbangan daripada Imam Surau Al-Ikhwan, Ustaz Shahrizal yang mewakili Ahli Jawatankuasa juga di saksikan isteri dan anak-anak beliau. Sebanyak RM1000.00 sumbangan daripada Tuan/Puan yang budiman telah berjaya di sampaikan

Saudara Solihin yang juga sedang menjalani rawatan dialisis buah pinggang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ikhwan dan semua penyumbang.

Beliau (Solihin) memaklumkan kepada kami bahawa kerja-kerja baikpulih dapur rumah beliau sedang dijalankan. Kos baikpulih menelan belanja puluhan ribu ringgit. Apa yang penting kata beliau adalah `table top’ perlu disiapkan dahulu bagi membolehkan isteri beliau menyambung semula kerja-kerja membuat kuih-muih untuk jualan setelah sekian lama `bercuti’.

Wassalam

~surauTSP~


Sumber : surausandaranpermai@googlegroups

21 December 2009

Ibadah Qorban di Surau Al-Ikhwan TSP

Assalaamualaikum wbt.

Taman Sandaran Permai - Alhamdulillah Surau Al-Ikhwan TSP telah berjaya mengadakan Ibadah Qorban pada tahun ini iaitu pada Hari Raya Aidiladha kedua, hari Sabtu tanggal 28.12.2009. Disebabkan hari tersebut tidak ada apa-apa aktiviti maka acara qorban dapat bermula seawal jam 8.00 pagi. Terdapat 2 ekor kambing untuk aqiqah dan 3 ekor lembu untuk Qorban. Tukang sembelih adalah Ustaz Hajar, En Aron dan Pak Halim. Tukang lapah 2 orang di `import` khas dari pusat ternakan lembu dan penduduk setempat. Kerja-kerja sembelihan dan melapah berjalan lancar dan siap lebih awal sekitar jam 11.30 pagi. Daging sembelihan di agih-agihkan kepada penduduk setempat dan selebihnya di hantar ke tempat-tempat yang memerlukan. Sebahagian daging Aqiqah dan Qorban di masak di Surau di ketuai oleh Pak Halim Corner dan dibantu oleh Muslimat. Selepas Solat Zohor penduduk sama-sama menjamu selera makan tengahari. Pada tengahari tersebut juga kita merasa bertuah kerana di kunjungi oleh Ahli Parlimen Shah Alam iaitu YB. Khalid b Abd Samad. Beliau sempat meninjau aktiviti memasak di belakang Surau. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi meluangkan masa Solat Zohor berjemaah dan makan bersila bersama kita. Beliau memuji ahli kariah Surau TSP dan penduduk sekitar dapat berkerjasama dalam aktiviti seperti ini. Beliau berharap kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Pengarah program pada hari tersebut adalah En Hj Rahim.

Sekian. Wassalam.

~surauTSP-