10 July 2010
11 April 2010
Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul
Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya.(Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)
2. Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya.(Hadis Riwayat Bukhari, no.725)
Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat(Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)

Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan
3. Menutup ruang/celahan di antara saf.
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197)
Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)
4. Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.
Dari an-Nu'man bin Basyir: beliau berkata, "Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:(Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)
"Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian".

Kedudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi

Kedukan/Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita Masa ini
15 January 2010
Penyerahan Sumbangan kepada Encik Solihin
Saudara Solihin yang juga sedang menjalani rawatan dialisis buah pinggang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ikhwan dan semua penyumbang.
Beliau (Solihin) memaklumkan kepada kami bahawa kerja-kerja baikpulih dapur rumah beliau sedang dijalankan. Kos baikpulih menelan belanja puluhan ribu ringgit. Apa yang penting kata beliau adalah `table top’ perlu disiapkan dahulu bagi membolehkan isteri beliau menyambung semula kerja-kerja membuat kuih-muih untuk jualan setelah sekian lama `bercuti’.
Wassalam
~surauTSP~
Sumber : surausandaranpermai@googlegroups
21 December 2009
Ibadah Qorban di Surau Al-Ikhwan TSP
Assalaamualaikum wbt.
Taman Sandaran Permai - Alhamdulillah Surau Al-Ikhwan TSP telah berjaya mengadakan Ibadah Qorban pada tahun ini iaitu pada Hari Raya Aidiladha kedua, hari Sabtu tanggal 28.12.2009. Disebabkan hari tersebut tidak ada apa-apa aktiviti maka acara qorban dapat bermula seawal jam 8.00 pagi. Terdapat 2 ekor kambing untuk aqiqah dan 3 ekor lembu untuk Qorban. Tukang sembelih adalah Ustaz Hajar, En Aron dan Pak Halim. Tukang lapah 2 orang di `import` khas dari pusat ternakan lembu dan penduduk setempat. Kerja-kerja sembelihan dan melapah berjalan lancar dan siap lebih awal sekitar jam 11.30 pagi. Daging sembelihan di agih-agihkan kepada penduduk setempat dan selebihnya di hantar ke tempat-tempat yang memerlukan. Sebahagian daging Aqiqah dan Qorban di masak di Surau di ketuai oleh Pak Halim Corner dan dibantu oleh Muslimat. Selepas Solat Zohor penduduk sama-sama menjamu selera makan tengahari. Pada tengahari tersebut juga kita merasa bertuah kerana di kunjungi oleh Ahli Parlimen Shah Alam iaitu YB. Khalid b Abd Samad. Beliau sempat meninjau aktiviti memasak di belakang Surau. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi meluangkan masa Solat Zohor berjemaah dan makan bersila bersama kita. Beliau memuji ahli kariah Surau TSP dan penduduk sekitar dapat berkerjasama dalam aktiviti seperti ini. Beliau berharap kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang. Pengarah program pada hari tersebut adalah En Hj Rahim.
Sekian. Wassalam.
~surauTSP-

Subscribe to:
Posts (Atom)