24 July 2010

PROGRAM BBQ REMAJA (04 & 05 JUN 2010)

CERAMAH MAULIDUR RASUL (26.02.2010)

Pada tanggal 26.2.2010 iaitu hari jumaat selepas solat Maghrib Surau Al-Ikhwan TSP telah jayanya mengadakan Ceramah Maulidur Rasul. Majlis di pengerusikan oleh Bendahari Surau iaitu Tuan Haji Shaikh Yusof. Penceramah pada malam tersebut adalah penceramah yang tidak asing bagi kita iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohamad Jazlan Bin Abdullah merupakan Penceramah yang selalu muncul dalam rancangan-rancangan di tv3 dan rancangan Halaqah di tv9. Tidak ada tajuk khusus bagi ceramah pada malam tersebut. Walaubagaimanapun Ustaz Mohamad Jazlan mengupas perihal kelahiran rasulullah daripada zaman bapa rasulullah sehingga rasulullah wafat dan berjaya menarik perhatian hadirin dengan celoteh beliau yang `sempoi’dan mencuit hati. Kami percaya pada malam tersebut bayak iktibar-iktibar yang dapat di bawa pulang oleh hadirin.

Kehadiran jemaah pada malam tersebut agak ramai juga dan adalah diluar jangkaan kami lebih kurang 250 orang. Selain penduduk taman Sandaran Permai sendiri, kelihatan terdapat sahabat-sahabat kita dari seluruh taman-taman perumahan yang berdekatan seperti Alam Budiman, Perdana Height, Puncak Perdana, Nusa Rhu dan Alam Impian.


Selesai sahaja sesi ceramah, hadirin sama-sama bangun dan berselawat kepada junjungan rasullullah SAW.
Selepas solat Isyak hadirin di sediakan dengan sedikit jamuan nasi tomato bungkus, buah dan air.

Kami pihak Ahli Jawatan Kuasa Surau Al_ikhwan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan juga Ahli Jawatan kuasa dan bukan, dalam menjayakan program pada malam tersebut. Kami juga memohon ampun dan maaf jikalau ada kekurangan sepanjang kami menjalankan tugas kami pada malam tersebut. Sokongan semua anak kariah dalam setiap program pada masa-masa akan datang amat kami hargai. Sekian.

11 April 2010

Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1. Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:
Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya.
(Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)


2. Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya.
(Hadis Riwayat Bukhari, no.725)
Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat
(Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud)



Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)



Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan


3. Menutup ruang/celahan di antara saf.
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.
(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197)

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.
(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)

4. Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.
Dari an-Nu'man bin Basyir: beliau berkata, "Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

"Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian".
(Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)



Kedudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi



Kedukan/Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita Masa ini