10 August 2010

Perutusan Dari Pengerusi Surau Al-Ikhwan Sempena Solat Terawih (10.08.2010)


Sedikit `taklimat` dari Pengerusi Surau untuk di panjangkan kepada semua anak kariah U10 berkenaan Solat Terawaih di Surau Al-Ikhwan TSP. Ucapan beliau pada malam pertama sebelum Solat Terawih. Antaranya :

1. Pengerusi mengucapkan ahlan wasallan ya Ramadhan.
2. Surau ini akan melakukan 8 rakaat Solat Terawih dengan 3 rakaat Solat Witir. Bacaan dalam Solat
    Terawih dengan separuh mukasurat Al-Quran untuk 1 rakaat.
3. Tazkirah Ramadham selepas 4 rakaat Solat Terawih.
4. Majlis Berbuka Puasa Perdana kerjasama dengan Persatuan Tenaga Pengajar Muda (PTPM) UiTM
    Kampus Puncak Perdana akan di adakan pada 20.08.2010, hari Jumaat. Tentative program akan di
    maklumkan kemudian.
5. Qiamullail berjemaah akan diadakan pada 03.09.2010.
6. Pihak AJK mengalu-alukan seramai mungkin dalam penyertaan Tadarus Al-Quran. Di bahagikan kepada 3
    katogeri iaitu Dewasa, Remaja dan Kanak-kanak.
7. Jadual More ada di pamerkan di papan kenyataan Surau. Dibahagikan mengikut lorong/jalan.
8. Pada tahun ini Surau ada menyediakan 2 orang Amil Zakat Fitrah iaitu Ustaz Hajar sendiri dan Imam Surau
    Ustaz Shahrizal
9. (Tambahan dari Bilal, Hj Shaikh Yusof), Kerjasama semua jemaah diperlukan agar tidak meletakkan
    kenderaan kereta di dalam kawasan Surau untuk mengelakkan kesesakan. Kereta boleh di letakkan di
    tempat pakir yang di sediakan di sebelah kanan dan kiri Surau. Walaubagaimana pun motosikal dibenarkan
    di letak dalam kawasan Surau. Pihak Surau dengan kerjasama MPP Zon 20 akan cuba mendapatkan
    lampu di tempat pakir kereta.

Selamat Beramal DiBulan Ramadhan
Wallahu`alam
wassalam.

24 July 2010

EKSPIDISI REMAJA - PORT DICKSON (08, 09 & 10 JUN 2010)

PROGRAM BBQ REMAJA (04 & 05 JUN 2010)

CERAMAH MAULIDUR RASUL (26.02.2010)

Pada tanggal 26.2.2010 iaitu hari jumaat selepas solat Maghrib Surau Al-Ikhwan TSP telah jayanya mengadakan Ceramah Maulidur Rasul. Majlis di pengerusikan oleh Bendahari Surau iaitu Tuan Haji Shaikh Yusof. Penceramah pada malam tersebut adalah penceramah yang tidak asing bagi kita iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohamad Jazlan Bin Abdullah merupakan Penceramah yang selalu muncul dalam rancangan-rancangan di tv3 dan rancangan Halaqah di tv9. Tidak ada tajuk khusus bagi ceramah pada malam tersebut. Walaubagaimanapun Ustaz Mohamad Jazlan mengupas perihal kelahiran rasulullah daripada zaman bapa rasulullah sehingga rasulullah wafat dan berjaya menarik perhatian hadirin dengan celoteh beliau yang `sempoi’dan mencuit hati. Kami percaya pada malam tersebut bayak iktibar-iktibar yang dapat di bawa pulang oleh hadirin.

Kehadiran jemaah pada malam tersebut agak ramai juga dan adalah diluar jangkaan kami lebih kurang 250 orang. Selain penduduk taman Sandaran Permai sendiri, kelihatan terdapat sahabat-sahabat kita dari seluruh taman-taman perumahan yang berdekatan seperti Alam Budiman, Perdana Height, Puncak Perdana, Nusa Rhu dan Alam Impian.


Selesai sahaja sesi ceramah, hadirin sama-sama bangun dan berselawat kepada junjungan rasullullah SAW.
Selepas solat Isyak hadirin di sediakan dengan sedikit jamuan nasi tomato bungkus, buah dan air.

Kami pihak Ahli Jawatan Kuasa Surau Al_ikhwan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan juga Ahli Jawatan kuasa dan bukan, dalam menjayakan program pada malam tersebut. Kami juga memohon ampun dan maaf jikalau ada kekurangan sepanjang kami menjalankan tugas kami pada malam tersebut. Sokongan semua anak kariah dalam setiap program pada masa-masa akan datang amat kami hargai. Sekian.